BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

KUIM

Pages

Friday, September 4, 2009

ADAT ISTIADAT KONVOKESYEN KUIM 1

Assalamualaikum w.b.t
Pada 13hb Ogos 2009, Kolej Universiti Islam Melaka, telah mengadakan Majlis Konvokesyen Kuim 1 yang bertempat di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Penganugerahan Diploma serta Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) kepada Para Graduan Kuim disampaikan oleh Ketua Menteri Melaka iaitu Yang Amat Berbahagia Datuk Seri Mohd Ali Rustam.



Saudara Mohd Dzulfadhli Bin Dzulqarnain, Pelajar dari Kursus Diploma Pembangunan dan Sumber Manusia (DPSM) telah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan KUIM pada Konvokesyen Kuim 1. Beliau adalah Mantan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa Kuim sebelum ini. Beliau merupakan seorang pelajar yang gigih dan rajin serta menerima Anugerah Dekan pada setiap semester. Kesungguhan dan kegigihan beliau membuahkan hasil apabila beliau dinobatkan sebagai Graduan Terbaik Keseluruhan pada Majlis Konvokesyen ini. Mengiringi Anugerah Graduan Terbaik Keseluruhan ialah Sijil Graduan Terbaik Keseluruhan, Piala Pusingan, Piala iringan, Senaskah Al-Quran sumbangan Pusat Zakat Melaka serta Dermasiswa bernilai Ringgit Malaysia Lima Belas Ribu Tujuh Ratus Tiga Puluh Lima, Tajaan daripada ICM INDUSTRIES CORPORATION BERHAD.



Manakala Saudara Sulaiman Bin Ismail, telah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Kokurikulum Dan Kepimpinan KUIM. Beliau menerima Piala Pusingan, Piala iringan, serta Cek bernilai Ringgit Malaysia Lima Ratus, Tajaan daripada SHAH SYNERGY SDN BHD.



Pelajar Terbaik Akademi Pengajian Islam dirangkul oleh Saudari Norhafizah Binti Ahmad. Beliau adalah Mantan Timbalan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM KUIM) sebelum ini. Beliau juga adalah orang yang bertanggungjawab mewujudkan program naqib dan naqibah di Kolej Universiti Islam Melaka. Ibu kepada 3 orang anak ini adalah seorang yang gigih dalam di bidang ilmu mahupun dalam kepimpinannya didalam Majlis Perwakilan Mahasiswa sebelum ini. Kegigihan beliau dalam Kedua-dua bidang ini melayakkan beliau menerima Anugerah Pelajar Terbaik Akademi Pengajian Islam, Sekaligus membawa pulang sebuah piala iringan, Plak Anugerah Naib Canselor, Senaskah Al-Quran sumbangan Pusat Zakat Melaka serta Cek Tajaan AZMI ENTERPRISE bernilai Ringgit Malaysia Tujuh Ratus.



Saudari Nur Hamidah Binti Ramli. Pelajar dari kursus Diploma Perakaunan ini telah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Fakulti Inovasi Perniagaan Dan Perakaunan. Anak Kedua daripada Sembilan orang adik-beradik yang berasal dari Terengganu ini merupakan bekas Bendahari Majlis Perwakilan Mahasiswa Kuim. Beliau seorang yang komited pada setiap tugasan yang dilakukan serta seorang pelajar yang rajin berusaha. Beliau turut menerima Anugerah Naib Canselor yang melayakkan beliau pulang dengan sebuah Plak Anugerah Naib Canselor, sebuah Piala Iringan, Senaskah Al-Quran sumbangan Pusat Zakat Melaka serta Cek Tajaan AZMI ENTERPRISE bernilai Ringgit Malaysia Tujuh Ratus



Pelajar Terbaik Fakulti Pengurusan Hospitaliti Telah dirangkul oleh Saudari Khalizah Binti Porimin. Saudari Khalizah membawa pulang sebuah Piala Iringan, Senaskah Al-Quran sumbangan Pusat Zakat Melaka, sebuah Plak Anugerah Naib Canselor serta Cek Tajaan AZMI ENTERPRISE bernilai Ringgit Malaysia Tujuh Ratus.



Saudara Mohd Firdaus Bin Idris telah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Fakulti Kejururawatan. Minat yang mendalam terhadap bidang perubatan membawa beliau untuk mengambil diploma dalam bidang kejururawatan. Beliau membawa pulang sebuah Piala Iringan, sebuah Plak Anugerah Naib Canselor, Senaskah Al-Quran sumbangan Pusat Zakat Melaka serta Cek Tajaan AZMI ENTERPRISE bernilai Ringgit Malaysia Tujuh Ratus.

0 comments: