BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

KUIM

Pages

Sunday, July 26, 2009

PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH MPM

Assalamualaikum W.b.t...
Pada 18hb Julai 2009 baru-baru ini, Majlis Perwakilan Mahasiswa-Mahasiswi Kolej Universiti Islam Melaka, Dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar KUIM telah mengadakan suatu program pengurusan jenazah yang telah di usahakan oleh Exco Dakwah & Disiplin (MPM). Program ini banyak menerima reaksi positif daripada kalangan mahasiswa-mahasiswi mahupun daripada pihak Hal Ehwal Pelajar itu sendiri. Ini kerana Mahasiswa-Mashasiswi berpeluang untuk mengetahui serta mengalami sendiri bagaimana cara-cara hendak menguruskan jenazah, dari segi mandian, cara mengkapankan, solat jenazah, serta yang terakhir sekali ialah ketika prosedur menanamkan jenazah.



Program seumpama ini dilihat banyak memberi manfaat dan faedah kepada Mahasiswa-Mahasiswi khususnya. Ini kerana program seumpama ini tidak banyak diketengahkan atau didedahkan kepada golongan muda belia kini. Sudah tiba masanya kini, golangan muda belia pula yang harus mengambil alih kerja-kerja menguruskan jenazah dan tidak lagi mengharapakan golongan tua.



Dalam menjalankan program ini, Exco Dakwah & Disiplin MPM telah mendatangkan dua orang bilal dan seorang ustazah dari Masjid Alor Gajah Melaka bagi menjayakan program ini. Program yang berlangsung selama 4 jam ini dimulakan dengan cara-cara penyediaan kain kapan dan cara-cara memandikan jenazah.



Setelah selesai proses memandikan jenazah, jenazah akan dikapankan sebanyak 3 kali lapisan kain.



Setelah siap dikapankan, jenazah akan disembahyangkan dengan tiga kali takbir dan setelah itu dibawa ke tanah perkuburan untuk di tanam.



Dan yang terakhir sekali, setelah di tanam, tinggallah jenazah keseorangan di alam barzakh, yang menemani hanyalah amalan di dunia ketika hayatnya. Sebagai seorang manusia yang tidak pernah lari dari melakukan kesalahan marilah kita sama - sama muhasabah diri serta sentiasa bertaubat nasuha memohon keampunan dari Allah s.w.t




WELCOME TO OUR NEW STUDENT'S TO KUIM....

Assalamualaikum w.b.t pada 15 hingga 19 hb 2009 lepas, Kolej Universiti Islam Melaka telah menerima kemasukan mahasiswa dan mahasiswi baru yang dianggarkan lebih daripada 800 orang.



Pihak Kolej Universiti Islam Melaka telah mengadakan Program Orentasi Kolej yang dijayakan secara bersama Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Islam Melaka (MPM KUIM)



Pengarah Program Orentasi bagi sesi jun 2009 ialah Saudara Muhd Syahmi Haziq Bin Muhammad dan Timbalan Pengarah Program pula ialah Saudari Nor Hani Binti Kamal serta barisan fasilitator seramai 20 orang.



Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang Program Orentasi ini. Di antaranya ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Aktiviti Riadah, Penerangan mengenai tatatertib, Pengurusan Kewangan, Pinjaman serta Kaedah - Kaedah Peraturan di Kolej Universiti Islam Melaka,Aktiviti Ceramah Agama serta Majlis Qiamulail dan lain-lain lagi
Kami Warga KUIM Mengucapakan SELAMAT DATANG KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI KUIM YANG BARU.



Semoga kita semua menjadi warga KUIM yang berjaya di dalam Akademik dan Kurikulum seterusnya mengharumkan lagi nama Kolej Universiti kita di dalam pelbagai bidang ilmu yang di ceburi.

2 comments:

...diary hani... said...

salamun alaik.. tahniah exco ict!!! semoga blog ini dapat menjadi medan perkongsian ilmu buat semua.. teruskan usaha!!^_^

Danial Ahmad said...

salam...saya ucapka kepada adik2 kuim semua semoga menjadi insan yang berguna...amin...serta kpda adik sekelian...hargailah seni0e kamu semua...jika ada masalah tidak perlu malu jumpa kami kerna kami akan sentiasa membantu jika kami mampu insyaallah....