BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

KUIM

Pages

Saturday, January 9, 2010

KEJOHANAN PESTA SUKAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI ISLAM MALAYSIA

Pesta sukan ini adalah kali-15 dan julungnya dianjurkan oleh Kolej Universiti Islam Melaka. Pesta sukan ini terbahagi kepada 2 iaitu Amal Islami dan Pesta Sukan IPTIM yang mana diadakan 2 tahun sekali.



Bagi penganjuran kali ini seramai 10 penyertaan daripada 10 buah ipts islam Malaysia. Pada masa yang sama juga MPM KUIM telah mengaturkan satu Majlis Perundingan antara IPTIM bertujuan untuk merancang dan membincangkan wadah-wadah yang berkualiti bagi menjamin ipts IPTIM.



Disamping itu juga, majlis tersebut membincangkan tentang pertubuhan GAMIM iaitu Gabungan Mahasiswa IPTIM Malaysia bagi memperkasakan jenama IPTIM itu sendiri.



Sepanjang majlis dijalankan, YDP MPM KUIM dilantik untuk mempengerusikannya dengan kerjasama ahli-ahli MPM KUIM lain dan diakhiri bersama sedikit jamuan ringan serta sesi bergambar.

0 comments: