BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

KUIM

Pages

Saturday, January 9, 2010

CARTA ORGANISASI MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA 2009/10

KEJOHANAN PESTA SUKAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI ISLAM MALAYSIA

Pesta sukan ini adalah kali-15 dan julungnya dianjurkan oleh Kolej Universiti Islam Melaka. Pesta sukan ini terbahagi kepada 2 iaitu Amal Islami dan Pesta Sukan IPTIM yang mana diadakan 2 tahun sekali.



Bagi penganjuran kali ini seramai 10 penyertaan daripada 10 buah ipts islam Malaysia. Pada masa yang sama juga MPM KUIM telah mengaturkan satu Majlis Perundingan antara IPTIM bertujuan untuk merancang dan membincangkan wadah-wadah yang berkualiti bagi menjamin ipts IPTIM.



Disamping itu juga, majlis tersebut membincangkan tentang pertubuhan GAMIM iaitu Gabungan Mahasiswa IPTIM Malaysia bagi memperkasakan jenama IPTIM itu sendiri.



Sepanjang majlis dijalankan, YDP MPM KUIM dilantik untuk mempengerusikannya dengan kerjasama ahli-ahli MPM KUIM lain dan diakhiri bersama sedikit jamuan ringan serta sesi bergambar.

YANG DIPERTUA MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA 2009/10KE KEMBOJA

pada Disember yang lepas,Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Islam Melaka Telah dihantar oleh Kolej Universiti Kita untuk mengikuti seminar insitut pengajian tinggi swasta malaysia ke Kemboja
Objektif program ini adalah untuk melahirkan pemimpin pelajar yang progresif dan dinamik yang dapat membentuk bakal pemimpin-pemimpin negara di masa hadapan. Seramai 140 pemimpin pelajar dari Malaysia dan Universiti Northern Cambodia telah mengambil bahagian dalam seminar yang berlangsung selama dua hari itu.



Seminar berkenaan bertujuan member pendedahan kepada pemimpin pelajar IPTS Malaysia kehidupan sebenar mahasiswa Kemboja. Selain itu, para peserta juga dapat berinteraksi dan berkongsi pengalaman serta idea secara langsung. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah sesi dialog, pembentangan kertas kerja, bengkel dan sesi perbincangan.