BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

KUIM

Pages

Thursday, November 26, 2009

JAMUAN HARI RAYA MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA BERTEMPAT DI STADIUM KUIM

Pada 16 oktober 2009, Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Islam Melaka telah mengadakan jamuan hari raya aidilfitri sempena hari raya aidilfitri yang lalu.



Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa ini diusahakan secara bersama dengan 4 fakulti lain di KUIM iaitu Akademi Pengajian Islam, Fakulti Inovasi Perniagaan Dan Perakaunan, Fakulti Pengurusan Hospitaliti Dan Fakulti Kejururawatan.



aktiviti seperti membuat acar, membakar satay, menghidangkan makanan kepada tetamu dilakukan secara bersama-sama antara anggota MPM Dengan kerjasama exco-exco empat fakulti yang lain.



aktiviti seumpama ini dijalankan adalah untuk mengeratkan lagi ikatan ukhwah di antara mahasiswa dan mahasiswi kuim yang mana aktiviti ini juga dapat mendekatkan lagi hubungan antara pihak atasan kuim dan mahasiswa kuim



MPM KUIM berharap segala aktiviti ataupun program yang dijalankan oleh Majlis Mahasiswa KUIM mendapat sokongan penuh dan penglibatan yang memberangsangkan daripada semua mahasiswa dan mahasiswi KUIM.

Friday, September 4, 2009

ADAT ISTIADAT KONVOKESYEN KUIM 1

Assalamualaikum w.b.t
Pada 13hb Ogos 2009, Kolej Universiti Islam Melaka, telah mengadakan Majlis Konvokesyen Kuim 1 yang bertempat di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Penganugerahan Diploma serta Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) kepada Para Graduan Kuim disampaikan oleh Ketua Menteri Melaka iaitu Yang Amat Berbahagia Datuk Seri Mohd Ali Rustam.



Saudara Mohd Dzulfadhli Bin Dzulqarnain, Pelajar dari Kursus Diploma Pembangunan dan Sumber Manusia (DPSM) telah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan KUIM pada Konvokesyen Kuim 1. Beliau adalah Mantan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa Kuim sebelum ini. Beliau merupakan seorang pelajar yang gigih dan rajin serta menerima Anugerah Dekan pada setiap semester. Kesungguhan dan kegigihan beliau membuahkan hasil apabila beliau dinobatkan sebagai Graduan Terbaik Keseluruhan pada Majlis Konvokesyen ini. Mengiringi Anugerah Graduan Terbaik Keseluruhan ialah Sijil Graduan Terbaik Keseluruhan, Piala Pusingan, Piala iringan, Senaskah Al-Quran sumbangan Pusat Zakat Melaka serta Dermasiswa bernilai Ringgit Malaysia Lima Belas Ribu Tujuh Ratus Tiga Puluh Lima, Tajaan daripada ICM INDUSTRIES CORPORATION BERHAD.



Manakala Saudara Sulaiman Bin Ismail, telah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Kokurikulum Dan Kepimpinan KUIM. Beliau menerima Piala Pusingan, Piala iringan, serta Cek bernilai Ringgit Malaysia Lima Ratus, Tajaan daripada SHAH SYNERGY SDN BHD.



Pelajar Terbaik Akademi Pengajian Islam dirangkul oleh Saudari Norhafizah Binti Ahmad. Beliau adalah Mantan Timbalan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM KUIM) sebelum ini. Beliau juga adalah orang yang bertanggungjawab mewujudkan program naqib dan naqibah di Kolej Universiti Islam Melaka. Ibu kepada 3 orang anak ini adalah seorang yang gigih dalam di bidang ilmu mahupun dalam kepimpinannya didalam Majlis Perwakilan Mahasiswa sebelum ini. Kegigihan beliau dalam Kedua-dua bidang ini melayakkan beliau menerima Anugerah Pelajar Terbaik Akademi Pengajian Islam, Sekaligus membawa pulang sebuah piala iringan, Plak Anugerah Naib Canselor, Senaskah Al-Quran sumbangan Pusat Zakat Melaka serta Cek Tajaan AZMI ENTERPRISE bernilai Ringgit Malaysia Tujuh Ratus.



Saudari Nur Hamidah Binti Ramli. Pelajar dari kursus Diploma Perakaunan ini telah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Fakulti Inovasi Perniagaan Dan Perakaunan. Anak Kedua daripada Sembilan orang adik-beradik yang berasal dari Terengganu ini merupakan bekas Bendahari Majlis Perwakilan Mahasiswa Kuim. Beliau seorang yang komited pada setiap tugasan yang dilakukan serta seorang pelajar yang rajin berusaha. Beliau turut menerima Anugerah Naib Canselor yang melayakkan beliau pulang dengan sebuah Plak Anugerah Naib Canselor, sebuah Piala Iringan, Senaskah Al-Quran sumbangan Pusat Zakat Melaka serta Cek Tajaan AZMI ENTERPRISE bernilai Ringgit Malaysia Tujuh Ratus



Pelajar Terbaik Fakulti Pengurusan Hospitaliti Telah dirangkul oleh Saudari Khalizah Binti Porimin. Saudari Khalizah membawa pulang sebuah Piala Iringan, Senaskah Al-Quran sumbangan Pusat Zakat Melaka, sebuah Plak Anugerah Naib Canselor serta Cek Tajaan AZMI ENTERPRISE bernilai Ringgit Malaysia Tujuh Ratus.



Saudara Mohd Firdaus Bin Idris telah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Fakulti Kejururawatan. Minat yang mendalam terhadap bidang perubatan membawa beliau untuk mengambil diploma dalam bidang kejururawatan. Beliau membawa pulang sebuah Piala Iringan, sebuah Plak Anugerah Naib Canselor, Senaskah Al-Quran sumbangan Pusat Zakat Melaka serta Cek Tajaan AZMI ENTERPRISE bernilai Ringgit Malaysia Tujuh Ratus.

Thursday, August 27, 2009

MALAM GRADUAN KUIM 2009

Assalamualaikum w.b.t
Pada 12 Ogos 2009 iaitu pada malam rabu yang lalu, Kolej Universiti Islam Melaka telah mengadakan satu Majlis Makan Malam Graduan bagi menghargai graduan - graduan KUIM yang telah berjaya menamatkan pengajian di KUIM.



Majlis Makan Malam tersebut diadakan di Dewan Banquet, Hotel Equatorial, Melaka. Majlis bermula dari 7.45 malam hingga 11.00 malam itu dimulakan dengan perasmian oleh YB Datuk Haji Yaakub Bin Md. Amin, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Sains & Teknologi Dan Sumber Manusia.



Pada Malam Graduan itu, YDP MPM KUIM dan Mantan YDP MPM kUIM sempat merakam gambar kenang-kenagan secara bersama. Pastinya ia menjadi satu memori indah kepada Kedua-dua YDP ini.



Pelakon dan Pelawak veteren iaitu Saudara Ali Mamak telah dijemput khas bagi menghiburkan para Graduan KUIM pada malam itu. Para Graduan dihiburkan dengan dendangan beberapa buah lagu popular daripada beliau.



Selain itu, Para Graduan turut dihiburkan dengan nyanyian nasyid KUIM iaitu kumpulan Wijdan. Mereka menyampaikan lagu-lagu dari kumpulan Inteam seperti lagu Pemergian mu, Kerana Cinta, Putra putri, dan Sahabat dari kumpulan Devotees,



Acara pada malam itu diserikan lagi dengan acara cabutan bertuah yang mencuri perhatian ramai. Dan apa yang menarik, Professor Emeritus Datuk Wira Dr. Mohd Yusoff Bin Hj.Hashim, iaitu Naib Canselor KUIM turut mendapat hadiah cabutan bertuah pada Malam Graduan tersebut.



Apa yang pasti, Malam Graduan Kuim 2009 banyak meninggalkan memori indah bagi Graduan - Graduan KUIM yang telah menamatkan Diploma mereka di KUIM. Kami warga KUIM mendoakan agar Graduan - Graduan KUIM berjaya dalam bidang kerjaya mahupun bidang ilmu yang bakal mereka tempuh selepas tamat pengajian di KUIM.

Tuesday, August 4, 2009

KARNIVAL SUKAN IPTS MALAYSIA ZON SELATAN 2009

Assalamualaikum w.b.t, pada 10hb julai 2009 yang lepas, telah berlangsungnya majlis penyerahan bendera KUIM kepada para atlet KUIM untuk beraksi bagi perlawanan Karnival Sukan IPTS Malaysia Zon Selatan 2009 yang bertempat di Kompleks Sukan UTM,Skudai Johor.



Penyerahan Bendera di sampaikan oleh Dekan Hal Ehwal Pelajar KUIM iaitu En Baharom Bin Said kepada Pegawai pengiring para atlet iaitu Ustaz Mohd Afif Bin Yahya.



Program ini dijalankan di bawah Exco Sukan Dan Rekreasi Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIM dengan Kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar KUIM



Karnival Sukan IPTS Malaysia Zon Selatan 2009 ini berlangsung selama 3 hari iaitu bermula pada 14hb julai sehingga 16 hb julai 2009,banyak memberikan pengalaman baru kepada para atlet KUIM untuk bergiat aktif dalam bidang sukan diperingkat yang lebih tinggi lagi.

Tuesday, July 28, 2009

KUIM HAVE VISITOR!!!

Pada 18 julai 2009 yang lalu, sehari selepas berlangsungnya program pengurusan jenazah, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), telah menerima kunjungan dari Institut Perguruan Durian Daun Melaka, atau yang juga dikenali sebagai Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.



KUIM menerima kunjungan kira-kira lebih dari 30 orang bakal guru bersama 3 orang pegawai pengiring yang diketuai oleh Ustaz Ibrahim.



Antara perkara - perkara menarik yang dibincangkan bersama ialah mengenai perancangan untuk mengadakan aktiviti - aktiviti yang bercorak keagamaan secara bersama - sama seperti kempen menutup aurat yang dicadangkan sendiri oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa-Mahasiswi KUIM iaitu Saudari Nurhani Binti Kamal.



Dan apa yang menarik, Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka juga mengadakan program Naqib dan Naqibah seperti yang di adakan di KUIM. Tetapi memandangkan ianya sebuah Maktab Perguruan Perempuan, maka hanya ada Naqibah sahaja dan tiada Naqib.
Mereka juga menyatakan bahawa program Naqib dan Naqibah ini amat berguna dan berfaedah untuk diterapkan kepada Mahasiswa - Mahasiswi KUIM dan Mahasiswi di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.



Kami dari Majlis Perwakilan Mahasiswa - Mahasiswi KUIM sentiasa berharap dan menerima baik kunjungan dari mana - mana Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama dari segi akademik mahupun dari segi kokurikulum

Sunday, July 26, 2009

PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH MPM

Assalamualaikum W.b.t...
Pada 18hb Julai 2009 baru-baru ini, Majlis Perwakilan Mahasiswa-Mahasiswi Kolej Universiti Islam Melaka, Dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar KUIM telah mengadakan suatu program pengurusan jenazah yang telah di usahakan oleh Exco Dakwah & Disiplin (MPM). Program ini banyak menerima reaksi positif daripada kalangan mahasiswa-mahasiswi mahupun daripada pihak Hal Ehwal Pelajar itu sendiri. Ini kerana Mahasiswa-Mashasiswi berpeluang untuk mengetahui serta mengalami sendiri bagaimana cara-cara hendak menguruskan jenazah, dari segi mandian, cara mengkapankan, solat jenazah, serta yang terakhir sekali ialah ketika prosedur menanamkan jenazah.



Program seumpama ini dilihat banyak memberi manfaat dan faedah kepada Mahasiswa-Mahasiswi khususnya. Ini kerana program seumpama ini tidak banyak diketengahkan atau didedahkan kepada golongan muda belia kini. Sudah tiba masanya kini, golangan muda belia pula yang harus mengambil alih kerja-kerja menguruskan jenazah dan tidak lagi mengharapakan golongan tua.



Dalam menjalankan program ini, Exco Dakwah & Disiplin MPM telah mendatangkan dua orang bilal dan seorang ustazah dari Masjid Alor Gajah Melaka bagi menjayakan program ini. Program yang berlangsung selama 4 jam ini dimulakan dengan cara-cara penyediaan kain kapan dan cara-cara memandikan jenazah.



Setelah selesai proses memandikan jenazah, jenazah akan dikapankan sebanyak 3 kali lapisan kain.



Setelah siap dikapankan, jenazah akan disembahyangkan dengan tiga kali takbir dan setelah itu dibawa ke tanah perkuburan untuk di tanam.



Dan yang terakhir sekali, setelah di tanam, tinggallah jenazah keseorangan di alam barzakh, yang menemani hanyalah amalan di dunia ketika hayatnya. Sebagai seorang manusia yang tidak pernah lari dari melakukan kesalahan marilah kita sama - sama muhasabah diri serta sentiasa bertaubat nasuha memohon keampunan dari Allah s.w.t




WELCOME TO OUR NEW STUDENT'S TO KUIM....

Assalamualaikum w.b.t pada 15 hingga 19 hb 2009 lepas, Kolej Universiti Islam Melaka telah menerima kemasukan mahasiswa dan mahasiswi baru yang dianggarkan lebih daripada 800 orang.



Pihak Kolej Universiti Islam Melaka telah mengadakan Program Orentasi Kolej yang dijayakan secara bersama Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Islam Melaka (MPM KUIM)



Pengarah Program Orentasi bagi sesi jun 2009 ialah Saudara Muhd Syahmi Haziq Bin Muhammad dan Timbalan Pengarah Program pula ialah Saudari Nor Hani Binti Kamal serta barisan fasilitator seramai 20 orang.



Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang Program Orentasi ini. Di antaranya ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Aktiviti Riadah, Penerangan mengenai tatatertib, Pengurusan Kewangan, Pinjaman serta Kaedah - Kaedah Peraturan di Kolej Universiti Islam Melaka,Aktiviti Ceramah Agama serta Majlis Qiamulail dan lain-lain lagi
Kami Warga KUIM Mengucapakan SELAMAT DATANG KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI KUIM YANG BARU.



Semoga kita semua menjadi warga KUIM yang berjaya di dalam Akademik dan Kurikulum seterusnya mengharumkan lagi nama Kolej Universiti kita di dalam pelbagai bidang ilmu yang di ceburi.