BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

KUIM

Pages

Tuesday, July 28, 2009

KUIM HAVE VISITOR!!!

Pada 18 julai 2009 yang lalu, sehari selepas berlangsungnya program pengurusan jenazah, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), telah menerima kunjungan dari Institut Perguruan Durian Daun Melaka, atau yang juga dikenali sebagai Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.



KUIM menerima kunjungan kira-kira lebih dari 30 orang bakal guru bersama 3 orang pegawai pengiring yang diketuai oleh Ustaz Ibrahim.



Antara perkara - perkara menarik yang dibincangkan bersama ialah mengenai perancangan untuk mengadakan aktiviti - aktiviti yang bercorak keagamaan secara bersama - sama seperti kempen menutup aurat yang dicadangkan sendiri oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa-Mahasiswi KUIM iaitu Saudari Nurhani Binti Kamal.



Dan apa yang menarik, Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka juga mengadakan program Naqib dan Naqibah seperti yang di adakan di KUIM. Tetapi memandangkan ianya sebuah Maktab Perguruan Perempuan, maka hanya ada Naqibah sahaja dan tiada Naqib.
Mereka juga menyatakan bahawa program Naqib dan Naqibah ini amat berguna dan berfaedah untuk diterapkan kepada Mahasiswa - Mahasiswi KUIM dan Mahasiswi di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.



Kami dari Majlis Perwakilan Mahasiswa - Mahasiswi KUIM sentiasa berharap dan menerima baik kunjungan dari mana - mana Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama dari segi akademik mahupun dari segi kokurikulum

Sunday, July 26, 2009

PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH MPM

Assalamualaikum W.b.t...
Pada 18hb Julai 2009 baru-baru ini, Majlis Perwakilan Mahasiswa-Mahasiswi Kolej Universiti Islam Melaka, Dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar KUIM telah mengadakan suatu program pengurusan jenazah yang telah di usahakan oleh Exco Dakwah & Disiplin (MPM). Program ini banyak menerima reaksi positif daripada kalangan mahasiswa-mahasiswi mahupun daripada pihak Hal Ehwal Pelajar itu sendiri. Ini kerana Mahasiswa-Mashasiswi berpeluang untuk mengetahui serta mengalami sendiri bagaimana cara-cara hendak menguruskan jenazah, dari segi mandian, cara mengkapankan, solat jenazah, serta yang terakhir sekali ialah ketika prosedur menanamkan jenazah.



Program seumpama ini dilihat banyak memberi manfaat dan faedah kepada Mahasiswa-Mahasiswi khususnya. Ini kerana program seumpama ini tidak banyak diketengahkan atau didedahkan kepada golongan muda belia kini. Sudah tiba masanya kini, golangan muda belia pula yang harus mengambil alih kerja-kerja menguruskan jenazah dan tidak lagi mengharapakan golongan tua.



Dalam menjalankan program ini, Exco Dakwah & Disiplin MPM telah mendatangkan dua orang bilal dan seorang ustazah dari Masjid Alor Gajah Melaka bagi menjayakan program ini. Program yang berlangsung selama 4 jam ini dimulakan dengan cara-cara penyediaan kain kapan dan cara-cara memandikan jenazah.



Setelah selesai proses memandikan jenazah, jenazah akan dikapankan sebanyak 3 kali lapisan kain.



Setelah siap dikapankan, jenazah akan disembahyangkan dengan tiga kali takbir dan setelah itu dibawa ke tanah perkuburan untuk di tanam.



Dan yang terakhir sekali, setelah di tanam, tinggallah jenazah keseorangan di alam barzakh, yang menemani hanyalah amalan di dunia ketika hayatnya. Sebagai seorang manusia yang tidak pernah lari dari melakukan kesalahan marilah kita sama - sama muhasabah diri serta sentiasa bertaubat nasuha memohon keampunan dari Allah s.w.t




WELCOME TO OUR NEW STUDENT'S TO KUIM....

Assalamualaikum w.b.t pada 15 hingga 19 hb 2009 lepas, Kolej Universiti Islam Melaka telah menerima kemasukan mahasiswa dan mahasiswi baru yang dianggarkan lebih daripada 800 orang.



Pihak Kolej Universiti Islam Melaka telah mengadakan Program Orentasi Kolej yang dijayakan secara bersama Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Islam Melaka (MPM KUIM)



Pengarah Program Orentasi bagi sesi jun 2009 ialah Saudara Muhd Syahmi Haziq Bin Muhammad dan Timbalan Pengarah Program pula ialah Saudari Nor Hani Binti Kamal serta barisan fasilitator seramai 20 orang.



Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang Program Orentasi ini. Di antaranya ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Aktiviti Riadah, Penerangan mengenai tatatertib, Pengurusan Kewangan, Pinjaman serta Kaedah - Kaedah Peraturan di Kolej Universiti Islam Melaka,Aktiviti Ceramah Agama serta Majlis Qiamulail dan lain-lain lagi
Kami Warga KUIM Mengucapakan SELAMAT DATANG KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI KUIM YANG BARU.



Semoga kita semua menjadi warga KUIM yang berjaya di dalam Akademik dan Kurikulum seterusnya mengharumkan lagi nama Kolej Universiti kita di dalam pelbagai bidang ilmu yang di ceburi.